Selasa, Ogos 22, 2017

Siti Aisyah

"Ayaaahhh! nak ikutt ayahhh". 

Pagi ini buat kali pertama teriak kakcik mengejutkan Pakcik Guard yang sedang mengelamun. Kakngah memujuk kakcik pergi ke kelas. Kakcik meronta-ronta melepaskan tangannya.

"aayaaahhh"

Masih terngiang-ngiang lagi suara Kakcik memanggil di depan pagar sekolah tadi. Menitis air mata kejantanan aku. Entah kenapa aku begini. Pagi ini tak macam pagi semalam. Semalam dia bangun dengan air mata tak mahu kesekolah. Pagi ini dia bangun dengan senyuman terus mencium adik Amani. Bila ditanya ke sekolah, dia mengangguk sambil tersenyum. Ketawa riang mandi bersama Kakteh. Suara gelak ketawanya memecahkan hening subuh walaupun dia tidak sedar baju sekolahnya hari ini adalah baju Kakngah.

"ayahhh ahh. Beg Kakcik takde. Kakcik nak beg baru". mintanya manja pada aku setelah siap memakai baju.
"Ok. Tapi tunggu ayah gaji yer". Balasku 
"Yeaa. Ibuuu ayah kata boleh beli beg baru". jeritnya sambil belari mendapatkan ibu.

Sampai di situ sahaja gelak ketawanya. Sapai di situ sahaja senyumannya. Sampai di situ sahaja suasana kecerahan paginya. Sedang Abang dan Kakngah masuk ke dalam kereta, dia masih di pintu. Sedang aku menghidupkan enjin kereta, dia masih lagi di muka pintu. Aku melihat ibunya kelam-kabut mencarikan beg lain untuk Kakcik. Air mata sudah mengalir. 

"Nakk beggg". Tangisnya mendayu.

Tiba-tiba kesabaranku hilang entah kemana. Dirasuk hantu dikuasai syaitan. Aku capai hanger baju dan kulibaskan di peha Kakcik. Aku menjerit mengarahkannya masuk ke kereta. tidah habis di situ. Di dalam kereta aku 'menyerangnya' lagi. Aku tepuk-tepuk bahunya, aku cubit2 pipinya untuk memahamkanya yang tiada kedai beg yang buka pagi-pagi ini.

Kakcik diam jer. Mengerekot di kerusi belakang. Kasut sekolah tidak disentuh. Memejam mata memekakkan telinga. Aku paksakan diri turun kereta dan membuka pintu untuk Kakcik. Kasut sekolah dibiarkannya. Terus sahaja menyarung selipar dan melompat turun dari kereta tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Apabilla pintu kereta ditutup, tangannya menggenggam erat lenganku. Aku seperti mendapat isyarat supaya menghantarnya ke kelas. sepanjang jalan ke pagar sekolah, Kakcik memeluk pinggangku seperti tak mahu dilepaskan.  

Sampai di pagar sekolah Kakcik mula menangis.
"Ok ayah hantar yer. Tapi tunggu sekejap ayah nak ambil kunci kereta." pujukku lembut.
Sepeningggalan aku ke kereta, rupanya pakcik Guard dah pun 'memujuk' Kakcik dan mengarahkan Kakngah menghantar ke kelas. Pakcik Guard  memberi isyarat padaku supya beredar.

Pastinya luluh lagi hati Kakcik. Ayah dah janji nak hantar ke kelas pun ayah tidak tepati. Macam mana ayah nak lunaskan janji beli beg petang nanti. 

Selasa, September 25, 2012

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)

PENGENALAN
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009. GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.
PRODUK UTAMA
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama. Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W. GCP juga membekalkan jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.
VISI
Simpanan emas menjamin masa depan
MISI
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas
 MATLAMAT




Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi. Membuka peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas.
PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak. Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.

Selasa, Januari 25, 2011

Teknologi

Salam semua,

Apa khabar buat diriku dan anda semua...harap2 sihat hendaknya..minggu ni aku agak kurang sihat..dengan anak kecil aku masih demam sejak minggu lepas..so, aku pun terbabit sama sebab kurang tido menjaga si kecil tu.

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh para penjawat awam..semuanya muka dah tebal sebab poket dang kering..tapi hari ni semua ceria..ada yang sampai awal ke pejabat.. seawal pukul 5 padi dah kuar dari rumah..bukan ke pejabat, tapi ke stesen-stesen petronas 24 jam dan ke mesin-mesin ATM..

bagi aku..mana yang boleh selesai online.. aku selesaikan dulu..inilah ertinya teknologi..tak susah2 aku beratur atau menunggu giliran..harap-harap korang semua pun manfaatkan teknologi yang Allah ilhamkan untuk korang guna dan bersyukur..

terima kasih Allah.

Selasa, Januari 18, 2011

PTPTN @ Tawaran Ujrah

Tuan / Puan,

Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian. Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata

Seronok bila dapat email dari "Pitih, pitih..and?"...tapi bila di semak semula pada surat tawaran baru....rupanya:-

JUMLAH PEMBIAYAAN RM 23,661.93
BERASASKAN BAKI PADA 01/06/2008

sedangkan pinjaman asal ialah RM 21,000.00......
huhu....setelah berbincang dengan "jurucakap" "Pitih, pitih..and?"..beliau minta semula email yang mengatakan berjaya dapat tawaran Ujrah...


Salam sejahtera

Emel tuan telah diterima dan akan disemak oleh pihak PTPTN.

Sekian, harap maklum.


So, tunggu jerlah apa penjelasan yang akan diberikan oleh pihak "Pitih, pitih..and?"

Rabu, Januari 12, 2011

"Abang nak g mana tue?"

"Abang nak g syekolah?"

"Adik nak g syekolah.."

"Adik kecik lagi, nanti adik dah becha, adik g la syekolah"

"Adik duduk rumah dengan acik ye? ye? ye?"

"OK"..


"Bye adik. Abang nak g Syekolah naik moto ibu."

Gadjet Terbaru di Tangan..

Gadjet terbaru untuk pembukaan tahun 2011. Harap ia akan memberikan seribu kenangan tanpa kata-kata.

Sirih Pulang Ke Gagang


Setelah 8 bulan ia menghilang. Kini kembali melayani keperluan tuannya. Mungkin ada hikmah disebalik kehilangannya. Ada yang ingin Tuhan tunjuk dan pertontonkan. Ada yang perlu diberi perhatian. Ada yang perlu Muhasabah diri.

Namun jika ianya tidak diperhalusi. maka sia-sialah kehilangannya. tidak memberi sebarang erti jika tiada apa yang berubah sebelum ia pergi dan setelah ia kembali.